Written by 6:43 pm Lain-Lain

Olimpik 2020: Beregu Campuran Negara Pulang Tanpa Sebarang Kemenangan

Perjuangan pasangan campuran beregu negara, Chan Peng Soon dan Goh Liu Yin dalam temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 tamat secara rasminya, pada hari ini.

Lebih mengecewakan duo pemain ini yang memenangi pingat perak dalam temasya yang sama lima tahun lalu, mereka gagal meraih sebarang kemenangan dalam aksi melibatkan Kumpulan D.

Perlawanan terakhir pada hari ini menyaksikan mereka tumpas kepada pasangan beregu campuran China, Wang Li Yiu dan Huang Dong Ping dengan pungutan mata 21-13 dan 21-19.

Dalam dua perlawanan terdahulu, pasangan ini turut tumpas kepada pasangan dari Jerman (21-12, 21-15) dan Hong Kong (18-21, 21-10, 16-21).

(Visited 62 times, 1 visits today)
Close