Written by 5:32 pm Bola Sepak, Malaysia

Selangor Maklumkan Kaptennya, Brendan Gan Hidap Kanser

Kapten Selangor dan pemain skuad kebangsaan, Brendan Gan dilaporkan menghidap kanser testis.

Difahamkan pemain kacukan Australia-Malaysia yang sering beraksi sebagai pemain tengah itu telah menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan pada bahagian tersebut.

“Brendan telah didapati menghidap kanser testis & telah menjalani pembedahan untuk mengeluarkan ketumbuhan tersebut dan kini sedang dalam pemantauan pakar perubatan.” tulis kenyataan kelabnya, hari ini.

Disebalik ujian yang penuh mengejutkan ke atas pemain tersebut, kelabnya memaklumkan pemain berusia 33 tahun tersebut tekad untuk kembali pulih secepat mungkin agar dapat kembali bersama pasukannya.

Dengan makluman ini, Brendan pastinya akan terlepas perlawanan seterusnya menentang pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) yang akan berlangsung pada Rabu nanti.

Featured Image: Football Association Malaysia

(Visited 91 times, 1 visits today)
Close