Written by 10:26 pm Lain-Lain

AirAsia Hadiahkan Hidilyn Diaz Penerbangan Percuma Seumur Hidup

Atlet Filipina yang meraih pingat emas pertama Sukan Olimpik buat negaranya, Hidilyn Diaz mendapat kejutan daripada sebuah syarikat penerbangan.

Kejutan ini hadir menerusi AirAsia Filipina yang tampil menghadiahkan atlet berusia 30 tahun ini penerbangan percuma seumur hidup.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, hadiah tersebut sebagai penghargaan kepada kerja keras, keghairahan dan semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh Diaz semasa bertanding dalam acara angkat berat wanita kategori 55kg,

Sejak memenangi pingat emas, atlet kelahiran Zamboanga ini turut menjadi topik bualan rakyat Malaysia. 

Ini disebabkan kisah penuh inspirasi oleh Diaz yang hanya berlatih di ‘belakang’ rumah (garaj) di sebuah perkampungan di Jasin, Melaka setelah ‘tersangkut’ di Malaysia sejak Februari 2020 sebelum ke Tokyo tahun ini.

Untuk makluman, ini merupakan kali kedua Diaz membawa pulang pingat. Ketika dia beraksi di Sukan Olimpik Rio 2016, Diaz telah membawa pulang pingat perak.

Secara keseluruhan Diaz telah beraksi di empat temasya Sukan Olimpik.

(Visited 339 times, 1 visits today)
Close