Written by 5:26 pm Bola Sepak, Malaysia

Aston Martin Diumum Sebagai Penaja & Rakan Kongsi Baharu JDT

Gergasi bola sepak Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan pengeluar kereta mewah terkemuka, Aston Martin sebagai penaja dan rakan kongsi baharunya.

Pengumuman itu dibuat menerusi sebuah video berdurasi 43 saat yang dimuat naik di pelbagai platform media sosial rasmi milik kelab tersebut, hari ini.

Menurut kenyataan tambahan kelab, hasil daripada kerjasama di antara kedua-dua entiti ini, Aston Martin HQ bersetuju untuk mengeluarkan kereta Aston Martin bertemakan ‘JDT Edition’ untuk dijual.

Menariknya, keuntungan daripada penjualan kereta edisi tersebut akan dikongsikan antara kedua-dua entiti ini.

Untuk makluman, ini bukanlah kali pertama memeterai perjanjian penajaan atau kerjasama bersama jenama antarabangsa.

Untuk rekod, pasukan yang terkenal dengan julukan skuad Harimau Selatan ini telah mengumumkan kerjasama bersama Nike, Hublot, SWAG dan Subway.

(Visited 72 times, 1 visits today)
Close