Written by 10:39 am Lain-Lain

Olimpik 2020: Mei Kuan-Meng Yean Raih Satu Kemenangan Sebelum Pulang ke Malaysia

Walaupun disahkan gagal mara ke pusingan kalah mati, pasangan regu wanita negara, Chow Mei Kuan dan Lee Meng Yean dapat pulang dengan sedikit senyuman apabila berjaya memenangi perlawanan terakhir peringkat Kumpulan A. 

Mereka berjaya meraih dua kemenangan ‘straight set’ ke atas regu wanita Great Britain, Chloe Birch dan Lauren Smith yang berlangsung di Musashino Forest Sport Plaza, hari ini.

Mei Kuan dan Meng Yean mencatatkan kemenangan pada set pertama dengan kutipan mata 21-19. Pada set kedua, mereka menamatkan perlawanan dengan keputusan 21-16.

Terdahulu, regu wanita negara ini tumpas dalam dua perlawanan awal kepada pasangan dari Indonesia dan Jepun sekaligus menyaksikan peluang mereka ke peringkat kalah mati Sukan Olimpik Tokyo 2020 lebur sama sekali.

(Visited 55 times, 1 visits today)
Close