Written by 5:33 pm MotoGP

MotoGP: Cal Crutchlow Sertai Petronas SRT Untuk 3 Perlumbaan Berikutnya

Petronas SRT mengumumkan bekas pelumba Honda, Cal Crutchlow akan menjadi taruhan mereka untuk tiga perlumbaan berikutnya dalam saingan MotoGP.

Perkembangan ini dimaklumkan secara rasmi oleh Petronas SRT menerusi pelbagai platform media sosial milik mereka, hari ini.

Crutchlow yang juga merupakan test rider bagi Petronas SRT dipilih bagi menggantikan Franco Morbidelli yang perlu menjalani rehat selepas pembedahan lutut kirinya.

Pelumba berusia 35 tahun ini akan mewakili Petronas SRT untuk mengharungi dua perlumbaan di Spielberg, Austria iaitu Styria GP dan Austria GP. 

Sebuah lagi perlumbaan adalah di negara kelahirannya iaitu Litar Silverstone, British GP.

Ketiga-tiga perlumbaan tersebut akan berlangsung pada 8 Ogos, 15 Ogos dan 29 Ogos masing-masing.

Featured Image: LCR Team

(Visited 95 times, 1 visits today)
Close