Written by 11:53 am Lain-Lain

Olimpik 2020: Pemain No.6 Dunia Tunjukkan Soniia Cheah Jalan Keluar

Hasrat untuk meilhat pemain badminton perseorangan negara, Soniia Cheah mara ke peringkat kalah mati dileburkan oleh pemain No.6 dunia, Ratchanok Intanon dari Thailand.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Musashino Forest Sport Plaza, hari ini, Soniia terlebih dahulu memenangi set pertama 21-19.

Namun pada set kedua, Ratchanok bangkit, walaupun diberikan tentangan yang sengit oleh Soniia, Ratchanok tetap berhasil meraih kemenangan dengan kutipan mata 21-18.

Pada set penentuan, Ratchanok semakin mendapatkan rentaknya dan dengan mudah dia berhasil menamatkan perlawanan dengan keputusan 21-10.

Kekalahan ini meletakkan Soniia di tangga kedua Kumpulan N. Untuk makluman, hanya juara setiap kumpulan sahaja yang layak ke peringkat kalah mati.

(Visited 164 times, 1 visits today)
Close