Written by 10:25 am Lain-Lain

Olimpik 2020: Aaron Chia-Woi Yik Cipta Kejutan Kalahkan Regu No.1 Dunia ‘The Minions’

Pasangan beregu lelaki negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik mencipta kejutan dengan mengalahkan pasangan beregu No.1 dunia, Marcus Gideon dan Kevin Sakalmunjo pada saingan suku akhir dalam temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Pasangan yang terkenal dengan julukan The Minions itu ditumpaskan oleh Aaron dan Wooi Yik menerusi dua ‘straight set’ dalam perlawanan yang bertempat di Musashino Forest Sport Plaza, hari ini.

Aaron-Wooi Yik menampilkan permainan yang sangat meyakinkan dengan memenangi set pertama 21-14. 

Pada set kedua, The Minions bangkit memberikan cabaran namun Aaron-Wooi Yik menampilkan persembahan yang konsisten sekaligu membolehkan mereka menamatkannya dengan kutipan mata 21-17.

Selain mencipta rekod berjaya menumpaskan Marcus-Kevin buat pertama kali, kemenangan Aaron Chia dan Wooi Yik yang kini menghuni ranking No.9 dunia membolehkan mereka mara ke pentas separuh akhir dalam temasya Olimpik buat pertama kali dalam karier mereka.

Untuk makluman semua, menanti mereka di separuh akhir samada regu China, Li Jun Hui-Liu Yu Chen (No.6 dunia) atau regu Denmark, Kim Astrup-Anders Rasmussen (No.12 dunia).

(Visited 679 times, 1 visits today)
Close