Artikel

Olimpik 2020: Perjuangan Lee Zii Jia ‘Dimatikan’ Juara Bertahan, Chen Long

Perjuangan pemain badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia untuk memburu kilaun pingat di Sukan Olimpik Tokyo 2020 nampaknya tersekat di peringkat ‘elimination’.

Selepas beraksi cemerlang dalam dua perlawanan peringkat Kumpulan M, Zii Jia terpaksa akur tumpas di tangan pemenang pingat emas Olimpik Rio 2016, Chen Long dari China.

Chen Long yang menduduki ranking No.6 dunia itu tumpas pada set pertama 8-21.

Namun Chen Long yang beraksi kali ketiga di pentas Olimpik bangkit memenangi dua set berikutnya dengan keputusan 21-19 dan 21-5.

Bagaimanapun, ini adalah satu persembahan yang boleh dipuji buat Zii Jia dengan mengambil kira faktor tampil buat pertama kali di temasya Sukan Olimpik.

Penyertaan Zii Jia di temasya ini akan menjadi pengalaman berharga buat Zii Jia untuk mengembangkan lagi kariernya dalam sukan badminton pada masa hadapan.

Featured Image: Majlis Sukan Negara Malaysia – Annice Lyn

komen