Written by 12:28 pm Lain-Lain

Olimpik 2020: Pecutan Azreen Nabila Alias Tamat di Pusingan 1  

Hasrat untuk melihat ratu pecut negara, Azreen Nabila Alias mara ke peringkat separuh akhir dalam acara 100 meter wanita di Sukan Olimpik Tokyo 2020 tidak menjadi kenyataan.

Terdahulu, pelari kelahiran Setiu, Terengganu itu berjaya menamatkan larian di tempat kedua pada pusingan kelayakan dengan mencatatkan masa peribadi terbaik dalam kariernya iaitu 11.77 saat.

Kedudukan di tempat kedua itu melayakkannya bersaing dalam Pusingan 1. 

Bagaimanapun, larian Azreen dalam Pusingan 1 tidak begitu memberangsangkan dan dia hanya tamat di kedudukan terakhir dengan catatan masa 11.91 saat.

Walaupun gagal meneruskan kemaraan ke saingan separuh akhir, Azreen yang berusia 21 tahun mempunyai karier yang masih panjang. 

Pengalaman beraksi di temasya Olimpik pastinya menjadi bekalan terbaik buat Azreen untuk beraksi di temasya lain yang terdekat iaitu Sukan SEA Vietnam 2022, Sukan Komanwel Birmingham 2022 dan Sukan Asia Hangzhou 2022.

(Visited 746 times, 1 visits today)
Close