Written by 7:23 pm Lain-Lain

Olimpik 2020: Regu Taiwan Tumpaskan ‘The Daddies’ Untuk Tempah Tiket Ke Final

Pasangan regu No.3 dunia, Lee Yang dan Wang Chi-lin mengesahkan kemaraan ke pentas final Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas menumpaskan pasangan Indonesia, Hendra Setiawan dan Mohammad Ahsan, hari ini.

Pasangan dari Taiwan tersebut cemerlang menumpaskan pasangan No.2 dunia yang terkenal dengan julukan The Daddies itu dengan kemenangan ‘straight set’ 21-11 dan 21-10.

Untuk makluman, ini merupakan kali pertama pasangan Taiwan ini mara ke peringkat final di Sukan Olimpik. 

Selain itu, ini juga merupakan kali pertama mereka dapat membawa pulang sekurang-kurangnya pingat perak daripada temasya ini dalam karier mereka.

Menanti pasangan ini di peringkat final adalah antara pasangan negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik atau pasangan China, Li Jun Hui-Liu Yu Yuchen.

(Visited 149 times, 1 visits today)
Close