Written by 8:11 pm Lain-Lain

Olimpik 2020: Aaron Chia-Wooi Yik Sumbang Kilauan Pingat Pertama Buat Malaysia

Jaguh regu lelaki negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik muncul atlet pertama yang menyumbangkan pingat buat Malaysia dalam temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Aaron Chia-Wooi Yik meraih pingat gangsa selepas menampilkan aksi cemerlang menumpaskan regu No.2 dunia dari Indonesia, Mohammad Ahsan dan Hendra Setiawan yang terkenal dengan julukan The Daddies pada perlawanan penentuan, hari ini.

Perlawanan yang berlangsung dengan penuh sengit di Musashino Forest Sport Plaza ini dimenangi terlebih dahulu oleh Ahsan-Hendra 21-17 pada set pertama.

Bagaimanapun, Aaron-Wooi Yik dengan semangat yang tidak putus asa bangkit pada set kedua untuk meraih kemenangan 21-17 bagi mengheret Ahsan-Hendra ke ‘rubber set’.

Di set ketiga, Aaron-Wooi Yik yang menduduki ranking ke-9 dunia meneruskan momentum kecemerlangan dan menamatkan perlawanan dengan keputusan 21-14.

Untuk makluman semua, ini merupakan pertemuan kelapan melibatkan kedua-dua regu ini.

Rekod sebelum ini memperlihatkan Aaron-Wooi Yik tumpas sebanyak enam kali termasuk ketika beraksi di peringkat Kumpulan D, baru-baru ini.

Akhirnya mereka membuat kejutan dengan merekodkan kemenangan kali kedua ke atas gandingan The Daddies sekaligus merangkil pingat gangsa Olimpik buat kali pertama dalam karier mereka.

TAHNIAH Aaron Chia dan Soh Wooi Yik!

(Visited 265 times, 1 visits today)
Close