Written by 8:46 pm Lain-Lain

Olimpik 2020: Axelsen Tamatkan Kemarau 25 Tahun Pingat Emas Buat Denmark

Pemain no.2 dunia, Viktor Axelsen menamatkan kemarau pingat emas selama 25 tahun dalam acara badminton perseorangan lelaki buat Denmark di temasya Sukan Olimpik selepas berjaya menumpaskan juara bertahan, Chen Long pada perlawanan akhir.

Axelsen, 27 tahun, menampilkan persembahan penuh cemerlang dan menumpaskan Chen Long dari China dengan mudah secara dua ‘straight set’ iaitu 21-15 dan 21-11 di Musashino Forest Sport Plaza, hari ini.

Sebagai rekod, Axelsen mara ke pentas final Olimpik buat pertama kali dalam kariernya selepas menumpaskan pemain Guatemala, Kevin Cordon di peringkat separuh akhir dan pemain China, Shi Yuqi di peringkat suku akhir. 

Untuk pengetahuan semua, kali terakhir pemain Denmark memenangi pingat emas ketika menyertai Sukan Olimpik Atlanta 1996. Ketika itu, pingat emas Denmark tersebut disumbangkan oleh Poul-Erik Høyer Larsen. 

(Visited 216 times, 1 visits today)
Close