Written by 4:48 pm Lain-Lain

Andrew Hoy Raih Pingat Pada Usia 62 Tahun – Atlet Kedua Tertua Dalam Sejarah Olimpik

Atlet ekuestrian Australia, Andrew Hoy yang berusia 62 tahun muncul atlet kedua paling tua yang berjaya meraih pingat di temasya Sukan Olimpik.

Andrew mencipta rekod tersebut selepas memenangi pingat perak dalam acara ‘eventing’ berpasukan dalam saingan Sukan Olimpik Tokyo 2020, semalam.

Tidak cukup dengan pingat perak, Andrew menambah satu lagi pingat gangsa dalam acara ‘eventing’ individu juga berlangsung pada petang semalam.

Ini menjadikan Andrew telah mengumpul enam pingat Olimpik daripada lapan penampilannya di temasya Olimpik.

Untuk makluman, pertama kali Andrew beraksi di temasya ini adalah pada Sukan Olimpik Los Angeles 1984.

Pingat pertamanya hadir ketika beraksi di temasya Sukan Olimpik Barcelona 1992.

Sebagai rekod, atlet tertua yang memenangi pingat di temasya Olimpik ialah Loius Noverraz dari Switzerland.

Beliau direkodkan memenangi pingat perak pada usia 66 tahun dalam acara pelayaran ketika menyertai Sukan Olimpik Mexico City 1968.

Featured Image: The FEI

(Visited 68 times, 1 visits today)
Close