Written by 6:46 pm Bola Sepak

Olimpik 2020: Dani Alves & Rakan-Rakan Tumbangkan Mexico Mara ke Final

Hasrat Dani Alves dan rakan-rakannya untuk mempertahankan pingat emas yang dimenangi oleh Brazil di pentas Sukan Olimpik Rio 2016 nampaknya masih menyala.

Ianya selepas Brazil berjaya menumpaskan Mexico di peringkat separuh akhir Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang berlangsung di Stadium Ibaraki Kashima, hari ini.

Walaupun kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan sepanjang 120 minit  permainan, Brazil berjaya menempah tiket final selepas menumpaskan skuad El Tri dengan skor 4-1 menerusi penentuan sepakan penalti.

Untuk makluman semua, ini merupakan kemaraan kali ketiga berturut-turut buat Brazil di pentas final Sukan Olimpik.

Menanti mereka di pentas final samada Sepanyol atau Jepun. Perlawanan akhir akan dilangsungkan pada 7 Ogos (Sabtu) kelak.

(Visited 84 times, 1 visits today)
Close