Written by 6:31 pm Lain-Lain

Olimpik 2020: Azizul, Shah Firdaus Mara Ke Kelompok 12 Terakhir Acara Pecut

Dua pelumba basikal trek negara, Dato’ Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom berjaya mara ke kelompok 12 pelumba terakhir dalam acara pecut Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Azizul berjaya mara pusingan seterusnya setelah menumpaskan pelumba Kanada, Nick Wammes pada pusingan 1/16 akhir repechages yang bertempat di Izu Velodrome, Shizuoka pada hari ini. 

Sebelum itu, pelumba yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman ini menumpaskan pelumba Colombia dan New Zealand di pusingan 1/32 akhir repechages.

Sementara itu, seorang lagi pelumba negara, Shah Firdaus turut menempuh laluan berliku untuk mara ke pusingan ketiga.

Di peringkat 1/16 akhir repechages Shah berhasil menumpaskan pelumba Poland, Patryk Rajkowski.

Pusingan seterusnya akan berlangsung pada hari esok (5 Ogos) bermula jam 2.48 petang.

Untuk makluman semua, menanti Azizul di peringkat seterusnya adalah pelumba Belanda berusia 28 tahun, Jeffrey Hoogland.

Manakala, Shah Firdaus akan bertemu Harrie Lavreysen juga dari Belanda.

(Visited 1,083 times, 1 visits today)
Close