Written by 4:36 pm Lain-Lain

Olimpik 2020: Pandelela Raih Kedudukan Ke-18 Mara Ke Separuh Akhir Terjun 10m Platform

Penerjun negara, Pandelela Rinong mengesahkan kemaraan ke peringkat separuh akhir acara terjun 10 meter (m) platform individu Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Atlet berusia 28 tahun ini mara selepas menempatkan diri di tempat ke-18 daripada keseluruhan 30 penerjun yang mengambil bahagian di Pusat Akuatik Tokyo, hari ini.

Untuk pengetahuan semua, hanya 18 penerjun terbaik di pusingan kelayakan sahaja yang dipilih untuk mara saingan separuh akhir.

Pandelela yang menyertai temasya Sukan Olimpik buat kali keempat pada edisi kali ini mengumpul 284.90 mata hasil daripada kelima-lima terjunannya.

Sementara itu, seorang lagi penerjun negara, Cheong Jun Hoong tidak dapat meneruskan kemaraan ke peringkat separuh akhir apabila kutipan matanya tidak meletakkan dalam kalangan 18 penerjun terbaik.

Jun Hoong, 31 tahun mengutip 251.80 mata sekaligus menduduki tangga ke-26 daripada keseluruhan 30 penerjun.

Untuk makluman semua, aksi Pandelela pada peringkat separuh akhir dijadualkan berlangsung pada hari esok, (5 Ogos) bermula jam 9 pagi, waktu Malaysia.

(Visited 294 times, 1 visits today)
Close