Artikel

Olimpik 2020: Pelari Kanada, Andre de Grasse Raih Emas 200m

Pelari pecut Kanada, Andre de Grasse muncul pemenang pingat emas bagi acara 200 meter (m) di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Pelumba berusia 26 tahun ini menamatkan larian dengan catatan masa 19.62 saat. Sementara itu, di tempat kedua dan ketiga adalah pelari Amerika Syarikat, Kenny Bednarek dan Noah Lyles.

Kedua-dua pelari tersebut menamatkan larian dengan catatan masa 19.68 dan 19.74 saat masing-masing sekaligus membawa pulang pingat perak dan gangsa.

Untuk makluman, Andre merupakan pemenang pingat perak pada edisi Olimpik Rio 2016. Dalam perlumbaan tersebut dia tewas kepada pelari handalan Jamaica, Usain Bolt. 

Featured Image: Olympics

komen