Written by 10:18 pm Lain-Lain

Azizul, Shah Tidak Ke Pusingan Berikutnya Kerana Mahu ‘Rest’ Sehari Sebelum Sertai Keirin

Seperti diketahui oleh majoriti rakyat Malaysia, dua pelumba negara, Dato’ Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom terkandas di pusingan 1/8 akhir acara pecut dalam saingan Sukan Olimpik Tokyo 2020, petang tadi.

Walaupun dilihat mempunyai peluang untuk mara ke pusingan suku akhir dengan memenangi perlumbaan repechage, kedua-dua pelumba ini turut tewas pada pusingan tersebut kepada lawan masing-masing.

Bagaimanapun, menerusi satu video yang dimuat naik, pelumba yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman memaklumkan, ia merupakan strategi yang telah dirancang sejak awal lagi oleh jurulatihnya, John Beasley.

“Kita turun pada hari ini adalah untuk merampas top seeding spot daripada Jeffrey Hoogland dari Belanda dan kalau kita tidak merampas kedudukan tersebut, 

“Apabila kita masuk ke (saingan) repechage kita tidak akan cuba untuk proceed to the next round kerana kalau kita menang pun akan masuk ke quarter-final dan berjumpa orang yang sama, dan kalau kita kalah kita akan masuk pusingan (penentuan kedudukan) 5 hingga 8,

“Jadi ia akan ada banyak perlumbaan dan menyebabkan kita lagi penat (fatigue) dan ianya akan membuatkan kita tidak mendapat cukup rehat untuk acara keirin,” katanya yang merekod video tersebut ketika dalam perjalanan pulang ke hotel penginapan, hari ini.

Menurut pelumba berusia 33 tahun ini, walaupun terkandas di peringkat 1/8 akhir, beliau cukup gembira dengan prestasi tersebut. Tambahan pula, ada beberapa pelumba lain yang berada di kedudukan di atasnya terkandas lebih awal.

Jelasnya lagi, acara pecut merupakan sebuah saingan yang memberikan kelebihan kepada pelumba yang memiliki saiz badan yang lebih besar berbandingnya. Hal ini kerana acara pecut memerlukan tenaga yang banyak untuk ‘winding up the gear’

“Amat penting untuk kita mengatur strategi yang betul untuk memastikan kita dapat memberikan tumpuan penuh untuk acara keirin, 

“Dengan planning tersebut daripada jurulatih dan team, kita dapat rest satu hari esok, dapat fresh up balik kita punya fizikal dan mental untuk kita go full gas again dalam acara keirin,

“Seperti kita sedia maklum, sebelum kita datang ke sini, kita dah bagitahu yang the higher chances untuk kita menang pingat emas adalah dalam acara keirin sebab itulah acara favorite kita,” tambahnya lagi.

Untuk makluman, acara keirin di Sukan Olimpik akan dilangsungkan pada hari Sabtu nanti bermula jam 2.48 petang dengan pusingan kelayakan.

Anda boleh menonton video penuh penjelasan Azizul pada pautan di bawah:

(Visited 14,804 times, 1 visits today)
Close