Written by 3:54 pm Lain-Lain

Olimpik 2020: Noktah Buat Azizul & Shah Firdaus Dalam Acara Pecut, Tumpuan Beralih Kepada Keirin

Perjalanan dua pelumba basikal negara, Dato’ Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom dalam acara pecut nampaknya terhenti di peringkat 1/8 akhir sahaja.

Pada perlumbaan pertama peringkat 1/8 akhir, Azizul tumpas kepada pelumba Belanda, Jeffrey Hoogland.

Manakala, Shah Firdaus yang turun menentang seorang lagi pelumba Belanda, Harrie Lavreysen pada perlumbaan kedua peringkat yang sama turut tumpas.

Walaupun tewas, kedua-dua mereka diberikan peluang untuk mara ke peringkat seterusnya dengan beraksi dalam acara 1/8 akhir repechage.

Bagaimanapun, dalam perlumbaan tersebut, Azizul dan Shah Firdaus tetap tumpas sekaligus menyaksikan mereka mengucapkan ‘selamat tinggal’ kepada acara ini.

Namun begitu, kedua-dua pelumba negara masih mempunyai baki satu lagi acara basikal trek iaitu keirin.

Untuk makluman, keirin merupakan acara tumpuan bagi kedua-dua pelumba ini dan merupakan salah satu daripada acara yang disasarkan pungutan pingat emas oleh Kontinjen Malaysia.

Pusingan pertama acara keirin akan berlangsung pada hari Sabtu (7 Ogos) bermula jam 2.48 petang. 

(Visited 339 times, 1 visits today)
Close