Written by 11:16 am Lain-Lain

Olimpik 2020: Pecutan Pelari Jamaica Saat Akhir Berikan Emas Acara 110m Berpagar

Usaha pelari Jamaica, Hansle Parchment melakukan pecutan pada saat-saat akhir membolehkannya muncul juara dalam acara 110 meter (m) berpagar Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Dalam aksi final yang berlangsung pada hari ini, pelari Amerika Syarikat, Grant Holloway yang merupakan juara dunia 2019 terlebih dahulu mendahului perlumbaan ini.

Bagaimanapun, menghampiri pagar yang ke-10, Parchment, 31 tahun memecut sekuat hatinya dan berhasil memintas Holloway serta menjadi yang pertama memintas garisan penamat dengan catatan masa 13.04 saat.

Ini membuatkan Holloway, 23 tahun yang menamatkan larian dengan catatan masa 13.09 saat terpaksa berpuas hati dengan kilaun pingat perak di temasya Olimpik kali ini.

Sementara itu, menamatkan saingan di tempat ketiga adalah seorang lagi pelari Jamaica, Ronald Levy yang berusia 28 tahun dengan catatan masa 13.10 saat.

Untuk pengetahuan semua, Parchment merupakan pemenang pingat gangsa dalam acara yang sama pada Sukan Olimpik London 2012. 

Bagaimanapun, edisi Sukan Olimpik yang berlangsu di Rio lima tahun lalu tidak disertai oleh Parchment kerana dihimpit masalah kecederaan.

(Visited 106 times, 1 visits today)
Close