Written by 10:52 pm MotoGP, Permotoran

Selepas 25 Tahun Berlumba, Valentino ‘The Doctor’ Rossi Umum Bersara

Selepas 25 tahun terlibat di dalam perlumbaan motosikal, pelumba veteran, Valentino Rossi mengumumkan dirinya akan bersara setelah tamatnya saingan MotoGP 2021.

Pelumba berusia 42 tahun yang terkenal dengan julukan The Doctor ini mengumumkan perkara tersebut menerusi satu sidang media yang diadakan pada hari ini.

Bagi mengharungi baki perlumbaan musim ini, Rossi memaklumkan akan meneruskan perlumbaan bersama pasukan Petronas Yamaha SRT.

Selepas daripada itu, pelumba kelahiran Itali ini akan menumpukan perhatiannya kepada pasukannya, Aramco Racing Team VR46.

Untuk makluman semua, sepanjang kariernya, Rossi telah meraih sembilan kejuaraan dunia.

(Visited 383 times, 1 visits today)
Close