Written by 2:49 pm Bola Sepak, Eropah

Fasiliti Hebat Faktor Jack Grealish Berhijrah Ke Man City

Pemain tengah England, Jack Grealish diumumkan secara rasmi sebagai pemain baharu kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City pada awal pagi tadi.

Menurut pemain berusia 25 tahun tersebut, ada beberapa sebab dia membuat pilihan untuk meninggalkan Aston Villa dan menyertai skuad The Cityzen dengan kontrak selama enam tahun.

Antaranya, Jack berkongsikan bahawa Man City mempunyai fasiliti yang hebat di England. Selain daripada itu, Man City juga merupakan sebuah pasukan yang konsisten memenangi trofi utama sejak 10 musim lalu.

Sebagai tambahan, keberadaan Pep Guardiola sebagai pengurus Man City serta corak permainan yang penuh mengujakan di eropah turut menjadi faktor penyertaan Jack.

Bersama Man City, Jack yang merekodkan 213 penampilan, menjaringkan 32 gol dan mencetak 43 assist bersama Aston Villa telah diberikan jersi bernombor 10 – jersi yang disarung oleh bekas penyerang prolifik, Sergio Aguero.

Difahamkan Man City mengeluarkan wang sebanyak  £100 juta – yuran perpindahan termahal kelab – bagi membawa bekas kapten Aston Villa ini ke Stadium Etihad bermula saingan musim ini.

Sumber: Manchester City

(Visited 111 times, 1 visits today)
Close