Written by 1:12 pm Lain-Lain

Ranking Memanah Dunia: Syaqiera Lonjak 131 Anak Tangga Selepas Pulang Daripada Sukan Olimpik

Biarpun sekadar beraksi di peringkat pusingan pertama dalam acara memanah individu di temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020, pemanah muda, Syaqiera Mashayikh berjaya mencatatkan peningkatan yang luar biasa dalam kedudukan ranking memanah dunia.

Berdasarkan kemaskini ranking terbaru laman sesawang Persekutuan Memanah Dunia (WAF), Syaqiera yang sebelum ini menghuni tangga 355 kini menempatkan dirinya di ranking ke-224 dunia bagi kategori recurve wanita.

Syaqiera yang berusia 20 tahun membuat penampilan pertamanya di temasya Olimpik terkandas di pusingan pertama apabila tumpas 4-6 kepada pemanah Rusia, Elena Osipova yang ketika itu menghuni ranking keempat dunia.

Untuk makluman semua, selepas menumpaskan pemenah kelahiran Johor ini, Elena berjaya mara sehingga ke perlawanan akhir dan muncul pemenang pingat perak bagi acara ini.

Sementara itu, ranking bagi jaguh memanah lelaki negara, Khairul Anuar Mohamad yang mara sehingga ke pusingan ketiga sebelum tumpas kepada pemanah Korea, Kim Woo-jin di Sukan Olimpik kekal di tangga ke-15 dunia.

Ranking dunia bagi kategori pemanah recurve lelaki
(Visited 237 times, 1 visits today)
Close