Written by 2:20 am Bola Sepak, Eropah

Tidak Kekal Bersama Barcelona, Kemana Hala Tuju Lionel Messi?

FC Barcelona mengumumkan penyerang profiliknya, Lionel Messi tidak akan bersama kelab tersebut selepas daripada saat ini. 

Perkembangan penuh kejutan ini dimaklumkan secara rasmi oleh Barcelona menerusi pelbagai platform media sosialnya, awal pagi ini.

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan Barcelona, kedua-dua pihak telah mencapaai persetujuan dan niat yang jelas untuk menandatangani kontrak baharu pada hari ini. 

Bagaimanapun, ianya tidak dapat direalisasikan kerana kekangan kewangan dan struktur regulasi Liga Sepanyol. 

Oleh demikian, Messi yang menyarung jersi skuad Blaugrana sejak dua dekad yang lalu tidak boleh bermain bersama mereka pada saingan musim baharu nanti.

Menarik untuk disaksikan, kemanakah hala tuju seterusnya buat penyerang yang telah mengumpul 672 gol bersama Barcelona ini?

(Visited 146 times, 1 visits today)
Close