Written by 6:10 pm Futsal, Malaysia • One Comment

Pahang Rangers Lancar Jersi Home & Away Baharu Keluaran Kelme

Pasukan futsal yang berpangkalan di Kuantan, Pahang Rangers melancarkan jersi home dan away baharu untuk mengharungi saingan Malaysia Premier Futsal League (MPFL) 2021.

Perkara tersebut diumumkan menerusi pelbagai platform media sosial milik pasukan hujung bulan lalu (home) dan pada hari ini (away).

Menariknya, jersi pasukan futsal yang diterajui oleh YAM Tengku Fahd Mua’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah pada kali menampilkan penaja baharu yang merupakan pengeluar pakaian sukan yang tidak asing dalam dunia futsal iaitu Kelme.

Bercakap mengenai jersi home baharu mereka, ia didatangkan dengan warna baharu iaitu hitam dan disulami dengan tema monochrome dengan mengambil inspirasi warna utama logo kelab dan warna bendera Pahang.

Sementara itu, bagi jersi away, ianya hadir dengan warna putih dan dikemaskan dengan rekaan minimal warna biru, kuning dan hitam.

Selain itu, jersi baharu ini turut menampilkan penaja utama baharu di bahagian hadapan iaitu SGMB Group – sebuah syarikat berasal dari asas penerokaan dan perlombongan mineral, dan juga terlibat dalam pertanian secara bio dinamik dan organik, pemuliharaan hutan, pembangunan dan bidang kesihatan.

Bagi yang berminat dengan jersi ini, anda boleh mendapatkannya menerusi laman sesawang kedai atas talian milik kelab iaitu www.pahangrangers.com/shop. Harga jersi ini ditawarkan bermula dengan RM99 sehelai.

Bagi jersi away, ianya akan mula dijual bermula 15 Ogos kelak.

(Visited 213 times, 1 visits today)
Close