Written by 3:20 pm Asia, Bola Sepak

Kelayakan Piala Asia B-23: Undian Semula Menyaksikan Kedudukan Kumpulan J Melibatkan Malaysia Tidak Berubah 

Majlis undian semula bagi Kelayakan Piala Asia Bawah 23 Tahun (B-23) menyaksikan kedudukan Kumpulan J melibatkan pasukan Malaysia tidak mengalami sebarang perubahan.

Skuad Malaysia B-23 tahun yang dibimbing oleh Brad Maloney akan kekal berhadapan Mongolia selaku tuan rumah sambil ditemani oleh dua wakil ASEAN iaitu Thailand dan Laos.

Perubahan hanya berlaku melibatkan pasukan Hong Kong yang diundi untuk meninggalkan Kumpulan I dan menyertai Kumpulan K bersama-sama Jepun dan Kemboja.

Ini menjadikan Kumpulan I hanya disertai oleh tiga buah pasukan iaitu Vietnam, Myanmar dan Taiwan. 

Saingan bagi pusingan kelayakan ini juga tidak berubah di mana ia akan dilangsungkan bermula 27 hingga 31 Oktober 2021.

Untuk makluman, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) membuat keputusan untuk melakukan undian semula setelah Korea Utara mengumumkan menarik diri daripada kejohanan ini, baru-baru ini.

Undian semula ini juga untuk memastikan keseimbangan bilangan pasukan di kesemua kumpulan peringkat kelayakan.

Featured Image: AFC

(Visited 117 times, 1 visits today)
Close