Written by 5:13 pm Bola Sepak • One Comment

Nombor Yang Pernah Digunakan Messi Bersama Barcelona & Argentina Selain No.10

Jersi bernombor 10 cukup sinonim dengan penyerang handalan dunia yang telah memenangi enam trofi Ballon d’Or iaitu Lionel Messi.

Bersama bekas kelabnya, FC Barcelona, pemain yang terkenal dengan julukan La Pulga ini menyarung jersi No.10 sejak musim 2008/09. Musim yang sama menyaksikan beliau diberikan jersi No.10 bersama skuad kebangsaan Argentina.

Bagaimanapun, perpindahannya ke kelab berpangkalan di Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) menyaksikan penyerang berusia berusia 34 tahun ini diberikan No.30 – nombor yang pernah digunakannya ketika melakukan debut bersama skuad Blaugrana.

Namun tahukah anda, selain daripada No.10 dan No.30, Messi pernah menggunakan jersi bernombor lain samada bersama kelab atau skuad kebangsaan. Berikut adalah sejarah nombor yang pernah digunakan oleh Messi:

Barcelona No.19

Sebelum menyarung jersi bernombor 10 Barcelona, Messi terlebih dahulu menggunakan No.19 selama dua musim iaitu 2006/07 hingga 2007/08. Beliau kemudiannya diberikan No.10 setelah pemain Brazil, Ronaldinho berhijrah ke AC Milan.

Barcelona No.30

Jersi bernombor 30 merupakan jersi yang digunakan oleh Messi ketika memulakan karier seniornya bersama Barcelona. Ia mula digunakan oleh Messi ketika musim 2004/05. Sepertimana No.19, jersi bernombor 30 ini digunakan olehnya selama dua musim.

No.18 Argentina

Kita beralih pula kepada sejarah nombor yang pernah digunakan oleh Messi bersama skuad kebangsaan Argentina. No.18 merupakan nombor yang digunakan oleh Messi ketika melakukan debut bersama pasukan negaranya menentang Hungary pada tahun 2005 pada usia 18 tahun. Sebagai tambahan, nombor ini pernah digunakannya ketika beraksi bersama Skuad B-20.

No.19 Argentina

Selain No.18, Messi turut menggunakan No.19 bersama Argentina. Penggunaan nombor ini boleh dikatakan bergantung kepada rezekinya pada ketika itu. Nombor ini jugalah yang menjadi pilihan Messi ketika melakukan penampilan pertamanya di kejohanan Piala Dunia Jerman 2006.

No.15 Argentina

Boleh dikatakan ini merupakan nombor yang paling ‘rare’ digunakan oleh penyerang prolifik ini. Untuk makluman semua, No.15 digunakan oleh Messi ketika beraksi bersama Skuad Olimpik Argentina di temasya Sukan Olimpik Beijing 2008. Ketika itu, Messi dan rakan-rakanya berjaya muncul juara sekaligus membawa pulang pingat emas ke Buenos Aires. 

Featured Image: PSG

(Visited 88 times, 1 visits today)
Close