Written by 1:06 pm Bola Sepak

Saiful, Mustaza & Jaifuddin Sertai Ahli Lembaga Pengarah MFL Penggal 2021-2025

Senarai Ahli Lembaga Pengarah (ALP) bagi badan penganjur bola sepak tanah air iaitu Malaysian Football League (MFL) menyaksikan sedikit perubahan bagi sesi 2021-2025.

Berdasarkan pengumuman oleh Presiden MFL, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin dalam satu sidang media atas talian pada hari ini, Rakan Kongsi MFL telah mengundi dua muka baharu untuk mengisi tiga slot Wakil Pasukan.

Datuk Mohd Saiful Mat Sapri

Dua muka baharu tersebut ialah Datuk Mohd Saiful Mat Sapri (Pengarah Eksekutif Melaka United) dan Datuk Mohamad Jaifuddin Bujang Mohidin (Pengarah Johor Darul Ta’zim). 

Sementara itu, Mustaza Ahmad (Ketua Pegawai Eksekutif UiTM FC) kekal dipilih oleh Rakan Kongsi untuk melengkapkan tiga slot Wakil Pasukan dalam senarai ALP MFL.

Hasil undian Rakan Kongsi MFL menyaksikan Wakil Pasukan bagi penggal lalu iaitu Marzuki Sulong dan Razali Dolhan tersingkir daripada senarai ALP MFL bagi penggal baharu.

ALP MFL bagi penggal yang lalu

Sebagai tambahan, pada penggal yang lalu, Jaifuddin menyertai ALP MFL selaku Wakil Bebas. Bagaimanapun, dia meletakkan jawatan dan membuat keputusan untuk bertanding bagi Wakil Pasukan bagi penggal baharu.

Untuk makluman semua, 3 Wakil Pasukan merupakan nama yang dipilih dan diundi oleh Rakan Kongsi.

Sementara itu, 3 Wakil FAM merupakan nama yang dipilih oleh Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan 3 Wakil Bebas pula nama yang dipilih oleh Presiden MFL mengikut keperluan. 

Berikut adalah senarai Ahli Lembaga Pengarah MFL 2021-2025:

Presiden: Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin

Wakil FAM: Datuk Mohd Hisamudin Yahaya

Wakil FAM: Mohd Joehari Mohd Ayub

Wakil FAM: Christopher Raj Aralanthu

Wakil Pasukan: Datuk Mohd Saiful Mat Sapri

Wakil Pasukan: Datuk Mohamad Jaifuddin Bujang Mohidin

Wakil Pasukan: Mustaza Ahmad

Wakil Bebas: Dato’ Kamarul Ariffin Mohd Shahar

(Visited 620 times, 1 visits today)
Close