Written by 5:52 pm Lain-Lain

Malaysia Disahkan Layak Sertai Hoki Piala Dunia Remaja 2021

Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) mengesahkan skuad remaja lelaki negara layak beraksi di kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja 2021 yang akan berlangsung di Guwahati, India pada hujung tahun ini.

Menurut MHC, Malaysia layak menyertai kejohanan tersebut berdasarkan kiraan mata yang dilakukan oleh Persekutuan Hoki Asia (AHF) selepas kejohanan Hoki Piala Remaja Asia dibatalkan.

Infografik daripada Konfederasi Hoki Malaysia (MHC).

Berdasarkan kiraan mata tersebut, Malaysia berada di kedudukan ketiga di belakang India (hos) dan Pakistan. Sementara itu, melengkapkan kuota tiga pasukan dari benua asia adalah Republik Korea di kedudukan keempat.

Untuk makluman semua, kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja ini dilangsungkan secara dwitahunan melibatkan pemain-pemain berusia 21 tahun dan ke bawah.

Sebanyak 16 pasukan remaja lelaki mengambil bahagian di kejohanan ini di mana enam slot dari eropah, tiga slot dari asia serta masing-masing dua slot dari benua afrika, pan america dan oceania. Pasukan dari negara hos pula layak secara automatik.

Selain empat pasukan dari benua asia, Jerman, England, Belanda, Sepanyol, Belgium dan Perancis dari benua eropah turut disahkan layak menyertai kejohanan ini.

Sebagai tambahan, kejohanan ini akan berlangsung dari 24 November hingga 5 Disember 2021.

Featured Image: FIH

(Visited 244 times, 1 visits today)
Close