Written by 4:33 pm Asia, Bola Sepak, Malaysia

Ranking FIFA: Malaysia Turun Satu Anak Tangga, Vietnam Kekal Kalangan 100 Terbaik Dunia

Selepas sekian lama menduduki ranking 153 dunia, kemaskini terbaru daripada laman sesawang FIFA menyaksikan kedudukan skuad kebangsaan turun satu anak tangga.

Penurunan satu anak tangga itu berikutan daripada satu kemenangan dan dua kekalahan yang dicatatkan pada pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, baru-baru ini.

Berdasarkan pemerhatian, boleh dikatakan hampir kesemua skuad kebangsaan dari rantau ASEAN merekodkan penurunan mata dalam kedudukan ranking FIFA.

Sebagai contoh, negara jiran tetangga, Thailand merekodkan penurunan paling banyak iaitu 29 mata sekaligus meletakkan mereka di kedudukan ke-120 dunia pada masa ini.

Tangkap layar daripada laman sesawang FIFA

Pasukan kedua yang merekodkan penurunan mata terbanyak adalah Myanmar iaitu 24 mata. Mereka kini menghuni tangga ke-145 dunia.

Jiran seberang tambak, Singapura pula turun 20 mata dan terpaksa menduduki tangga ke-160 dunia.

Hanya Vietnam yang berjaya menempatkan diri dalam kalangan 100 pasukan terbaik dunia memandangkan kedudukan mereka kekal tidak menghadapi sebarang kenaikan dan penurunan di tangga ke-92.

Untuk makluman semua, kemasikini seterusnya ranking FIFA adalah pada 16 September 2021. 

Featured Image: FAM

(Visited 104 times, 1 visits today)
Close