Written by 4:09 pm Asia, Bola Sepak, Eropah

Tuan Rumah Piala Dunia, Qatar Bakal Bertemu Portugal, Serbia & Luxembourg

Selepas menyertai kejohanan Gold Cup 2021, pasukan tuan rumah Piala Dunia FIFA 2022, Qatar menggandakan persiapan mereka dengan beraksi menentang negara-negara eropah pada September ini.

Menurut makluman daripada laman Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), tiga negara eropah yang akan mereka hadapi pada rehat antarabangsa FIFA pada September nanti ialah Serbia, Portugal dan Luxembourg.

Qatar dijadualkan bertemu Serbia pada 1 September dan diikuti oleh pasukan yang diwakili oleh pemain handalan dunia, Cristiano Ronaldo tiga hari berikutnya. Manakala pasukan Luxembourg pula akan dihadapi oleh mereka pada 7 September.

Difahamkan perlawanan ini sebahagian daripada kelayakan Piala Dunia 2022 bagi benua eropah melibatkan Kumpulan A. Qatar yang dibimbing oleh Felix Sanchez beraksi sebagai pasukan jemputan.

Sebagai rekod, pada Mac lalu Qatar berhasil merekodkan dua kemenangan ke atas Luxembourg dan Azerbaijan serta seri 1-1 dengan Republik Ireland.

Manakala ketika beraksi di kejohanan Gold Cup, Qatar berjaya mara sehingga ke peringkat separuh akhir sebelum dikecewakan 0-1 kepada Amerika Syarikat.

Antara persiapan lain sebelum bersaingan di kejohanan Piala Dunia, Qatar akan turut serta dalam saingan Piala Arab FIFA 2021 yang akan dilangsungkan pada penghujung tahun ini.

Usaha yang dilakukan Qatar ini tidak lain dan tidak bukan sebagai persiapan bukan sahaja untuk mengelak daripada menjadi pasukan belasahan malah mahu mara dengan lebih jauh dalam kejohanan Piala Dunia yang akan berlangsung di negaranya, tahun hadapan.

(Visited 80 times, 1 visits today)
Close