Written by 1:24 pm Bola Sepak • One Comment

Kemboja Intai Peluang Jadi Tuan Rumah Piala AFF 2020

Persekutuan Bola Sepak Kemboja (FFC) sedang merancang untuk menjadi hos bagi peringkat kumpulan kejohanan bola sepak asia tenggara, Piala AFF 2020.

Difahamkan mereka mahu mengadakan kejohanan tersebut di stadium serbaguna yang baru sahaja siap dibina tahun ini, Stadium Nasional Morodok Tecno yang terletak di ibu negaranya, Phnom Penh.

Perkembangan menarik itu dikongsikan oleh akaun laman sosial, ASEAN Football, semalam.

Untuk makluman semua, stadium berkapasiti 75,000 tempat duduk itu dibina sebagai persiapan Kemboja untuk mengajurkan Sukan SEA 2023 kelak. 

Pembinaan stadium tersebut bermula pada tahun 2013 dan direka dan dibina oleh China. Selain daripada stadium utama, pembinaan kompleks sukan itu turut merangkumi stadium tertutup dan pusat akuatik.

Sebagai tambahan, kejohanan Piala AFF 2020 dijadualkan berlangsung bermula 5 Disember 2021 hingga 1 Januari 2022.

(Visited 198 times, 1 visits today)
Close