Written by 10:57 am Lain-Lain • One Comment

Rasmi: Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2021 Diadakan di Perancis

Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) mengumumkan secara rasmi venue baharu bagi kejohanan utamanya, Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2012 akan diadakan di Roubaix, Perancis.

Perkara tersebut diumumkan sendiri oleh UCI menerusi satu makluman di laman sesawangnya.

Turut dimaklumkan kejohanan tahunan itu akan berlangsung pada 20-24 Oktober di Velodrome Couvert Regional Jean-Stablinski atau lebih dikenali sebagai Le Stab dalam kalangan penduduk tempatan.

Vélodrome Couvert Régional Jean-Stablinski

Untuk makluman semua, perancangan awal oleh UCI ingin mengadakan kejohanan ini pada 13-17 Oktober bertempat di Ashgabat, Turkmenistan. Bagaimanapun, waktu dan lokasi tersebut terpaksa dibatalkan ekoran kekangan dan halangan disebabkan oleh pandemik Covid-19.

Bercakap mengenai kejohanan ini, ketua jurulatih negara, John Beasley telah berkata kepada media sebelum ini bahawa jaguh berbasikal negara, Dato’ Azizulhasni Awang tidak akan disenaraikan kerana mahu memberikan peluang buatnya berehat selepas merangkul pingat perak pada temasya Olimpik lalu.

Dijangka ianya akan disertai oleh pelumba muda, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Muhammad Fadhil Mohd Zonis. Akan tetapi ianya turut bergantung kepada slot yang akan diberikan kepada pasukan Malaysia kelak.

(Visited 98 times, 1 visits today)
Close