Written by 4:13 pm MotoGP

MotoGP: Yamaha Dan Vinales Umum ‘Cerai’ Serta-Merta

Yamaha dan pelumbanya, Maverick Vinales mencapai kata sepakat mengumumkan menamatkan kerjasama dengan serta-merta.

Perkembangan ini diumumkan secara rasmi oleh pihak Yamaha menerusi laman sesawang dan pelbagai platform media sosialnya, sebentar tadi.

Penamatan kerjasama ini susulan daripada makluman penggantungan Vinales oleh Yamaha daripada berlumba di GP Austria dan GP British, baru-baru ini.

Yamaha menggantung pelumba kelahiran Sepanyol ini atas alasan sengaja merosakkan jenteranya ketika mengharungi perlumbaan GP Styria.

Terdahulu, Yamaha dan Vinales bersetuju untuk menamatkan kontrak setahun awal iaitu pada penghujung musim ini.

Jelas sekali, persetujuan itu nampaknya gagal direalisasikan dengan pengumuman yang penuh mengejutkan pada hari ini.

Sebagai rekod, Vinales mula menyertai pasukan kilang Yamaha sejak tahun 2017.

Untuk makluman semua, pelumba berusia 26 tahun ini disahkan secara rasmi bakal menyertai pasukan Aprilia Racing untuk saingan MotoGP 2022.

Featured Image: MotoGP

(Visited 148 times, 1 visits today)
Close