Written by 3:28 pm Bola Sepak, Eropah

Napoli Sarung Jersi Rekaan Giorgio Armani Harungi Serie A Musim 2021-22

Selepas tiga musim beraksi dengan jersi keluaran Kappa, kelab yang beraksi dalam saingan Serie A, Napoli tampil dengan jersi rekaan syarikat fesyen mewah bermula musim ini.

Kelab yang berpangkalan di selatan Itali itu mengumumkan jersi yang direka oleh Giorgio Armani untuk mengharungi musim 2021-22 menerusi platform media sosialnya, semalam.

Sebanyak tiga jersi dilancarkan iaitu Home, Away dan Third Kit. Untuk jersi Home, ianya kekal dengan warna tradisi kelab iaitu sky blue.

Sementara itu, untuk jersi Away ia didatangi dengan warna putih manakala untuk Third Kit pula, buat pertama kali sejak musim 2015-16, Napoli menggunakan warna merah.

Difahamkan jersi keluaran syarikat fesyen berpangkalan di Itali ini akan turut digunakan oleh skuad bawah 19 tahun (B-19).

Napoli akan menyarung jersi keluaran Giorgio Armani ini buat pertama kali pada perlawanan sulung Serie A 2021/22 menentang Venezia, awal pagi isnin hadapan, waktu Malaysia.

(Visited 108 times, 1 visits today)
Close