Written by 3:47 pm Malaysia

ALP Sebulat Suara Pilih Stuart Ramalingam Sebagai CEO MFL Baharu

Ahli Lembaga Pengarah Malaysian Football League (MFL) sebulat suara memilih Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Stuart Ramalingam sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu bagi badan penganjur bola sepak tempatan tersebut.

Perkembangan terbaru ini diumumkan secara rasmi selepas Ahli Lembaga Pengarah MFL mengadakan mesyuarat khas yang dipengerusikan oleh Presiden MFL, Dato’ Ab Ghani, sebentar tadi.

Perlantikan Stuart ini juga dibuat bagi menggantikan kekosongan yang ditinggalkan oleh Ab Ghani yang kini menjawat jawatan selaku Presiden MFL.

“Hari ini saya mempengerusikan Mesyuarat Khas Ahli Lembaga Pengarah MFL bagi menentukan CEO MFL baharu selepas saya dipilih menjadi Presiden MFL pada minggu lepas.

“Saya bersama Ahli Lembaga Pengarah MFL sebulat suara telah bersetuju untuk melantik Stuart sebagai CEO MFL baharu.

“Seperti saya katakan pada sesi sidang media pada minggu lalu, pengalaman antara kriteria penting buat CEO MFL di mana saya yakin bahawa kehadiran Stuart sudah pasti bakal memberikan anjakan paradigma kepada senario bola sepak tempatan.

“Saya ingin mengalu-alukan kedatangan Stuart dan saya percaya beliau mampu membawa budaya korporat yang akan menjadi perubahan positif kepada MFL,” katanya dalam satu kenyataan rasmi.

Untuk makluman semua, Stuart akan memulakan tugasnya selaku CEO MFL bermula 1 September kelak.

Featured Image: FAM

(Visited 47 times, 1 visits today)
Close