Written by 8:18 pm Permotoran

Petronas Sprinta Racing Pilih Adam Untuk Perlumbaan Moto2 di Litar Silverstone

Petronas Sprinta Racing memaklumkan, pelumba tempatan, Adam Norrodin dipertaruhkan untuk berlumba dalam Kejuaraan Moto2 pada GP British di Litar Silverstone, penghujung minggu ini.

Perkembangan tersebut diumumkan oleh pihak Petronas Sprinta Racing bagi menggantikan kekosongan ditinggalkan oleh Jake Dixon yang akan melakukan debut dalam saingan Kejuaraan MotoGP juga pada hujung minggu ini.

Untuk makluman semua, Adam pernah beraksi sebanyak enam kali dalam saingan Moto2 pada dua tahun lalu sebagai pelumba gantian pada musim tersebut.

Bagi musim 2021, pelumba berusia 23 tahun kelahiran Johor ini beraksi dalam saingan Kejuaraan FIM CEV Moto2. Dia berjaya meraih podium sebanyak tiga kali dan kini menduduki tangga kelima secara keseluruhan.

Featured Image: Instagram Adam Norrodin

(Visited 100 times, 1 visits today)
Close