Written by 2:42 pm Asia, Bola Sepak, Malaysia

Rasmi: Kelab India, Odisha FC Umum Ikat Liridon Krasniqi Secara Pinjaman

Kelab bola sepak yang beraksi dalam saingan Liga Super India (ISL), Odisha FC mengumumkan secara rasmi telah mencapai persetujuan untuk mengikat khidmat pemain tengah naturalisasi skuad kebangsaan, Liridon Krasniqi.

Perkembangan tersebut diumumkan secara rasmi menerusi laman sesawangnya serta pelbagai platform media sosialnya, pada hari ini.

Difahamkan, Liridon atau dikenali sebagai Matdon diikat oleh Odisha secara pinjaman daripada Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT). Difahamkan tempoh pinjamannya adalah sepanjang musim 2021-22.

Untuk makluman semua, Liridon merupakan pemain asing kelima yang ditandatangani oleh Odisha sebagai persiapan untuk mengharungi saingan ISL 2021-22.

Sebelum ini, kelab yang dibimbing oleh jurulatih kelahiran Sepanyol, Kiko Ramirez telah mengikat empat pemain asing iaitu Victor Mongil, Javi Hernandez, Hector Rodas dan Aridai Cabrera juga dari Sepanyol.

Kiko berkata, “Liridon merupakan pemain yang mempunyai kapasiti fizikal yang tinggi dan teknik yang bagus. Dia merupakan pemain tengah box-to-box yang boleh membantu semasa menyerang dan bertahan serta mampu memberikan tenaga yang diperlukan pasukan untuk beraksi selama 90 minit.”

Sebagai tambahan, saingan baharu ISL akan bermula pada 20 November kelak.

(Visited 79 times, 1 visits today)
Close