Written by 3:40 pm Bola Sepak, Malaysia

Bekas Menteri Kewangan Kagum Dengan Visi RMS Terhadap Selangor FC

Bekas Menteri Kewangan Malaysia, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menyatakan rasa kagumnya dengan visi Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor (RMS), Tengku Amir Shah terhadap Selangor FC.

Beliau menyatakan demikian selepas diberikan ‘tour guide’ oleh RMS sendiri selaku pemilik kelab tersebut untuk melihat dengan lebih dekat Pusat Latihan FAS atau turut dikenali sebagai FAS Training Centre.

Antara fasiliti yang dilawatinya adalah padang latihan, bilik persalinan, gimnasium, pusat fisioterapi dan bangunan utama yang menempatkan pejabat pasukan. 

“Saya kagum dengan visi Duli Yang Teramat Mulia (Raja Muda Selangor). Saya pasti ramai penyokong Red Giants juga mempunyai impian serupa, ingin menyaksikan pasukan kesayangan kembali bertakhta di persada liga.” katanya menerusi laman sosial rasminya selepas menyerahkan bantuan bakul makanan kepada Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS), semalam.

Baca: Selangor FC Bina Pusat Rehabilitasi & Bakal Dibuka Kepada Umum Untuk Jana Pendapatan

Beliau sempat berkongsikan pengalamannya menyaksikan pasukan Selangor beraksi di Stadium Merdeka dan Stadium Shah Alam sewaktu zaman muda.

“Suasananya memang jauh berbeza dari menonton di TV. Tidak boleh dibandingkan sama sekali. Dah lama tak tengok match live, mungkin boleh start semula bila stadium dibuka semula.

“Saya harap kita semua akan dapat kembali menonton bola secara live tidak lama lagi, apabila kita berjaya membawa keluar Malaysia dari belenggu COVID-19, InsyaAllah.” tambahnya lagi.

Sebagai rekod, RMS mula menerajui Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) pada tahun 2018 dan memulakan revolusi untuk mengangkat pasukan ini ke tahap yang lebih tinggi, mengembalikan kegemilangannya dan menyediakan kelab ke arah yang mapan.

Untuk makluman semua, selain daripada fasiliti-fasiliti yang dinyatakan di atas, pada saat ini Selangor sedang berusaha untuk menyiapkan kafe untuk para pemain dan pegawai serta padang latihan tertutup.

Featured Image: Facebook Tengku Zafrul

(Visited 180 times, 1 visits today)
Close