Written by 5:25 pm Bola Sepak, Malaysia • One Comment

Pemilihan Bojan Perkara Paling Penting Dilakukan CEO KL City Musim Ini 

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kuala Lumpur City FC (KL City), Stanley Bernard menyatakan pemilihan ketua jurulatih, Bojan Hodak merupakan perkara paling penting dilakukannya pada musim ini.

Menurutnya, pemilihan jurulatih berpengalaman kelahiran Croatia tersebut telah membantunya sebagai CEO untuk menumpukan perhatian yang lebih kepada hal ehwal penswastaan KL City yang bermula pada tahun ini.

Perkara ini jelas terbukti apabila skuad ibu kota yang dibimbing Bojan ini menampilkan aksi yang agak memberangsangkan dalam saingan Liga Super musim ini dengan menduduki tangga keenam liga selepas mengharungi 19 perlawanan.

Stanley Bernard

“Langkah pertama, kita tidak boleh lompat menjadi (pasukan) tiga, lima mahupun enam teratas kerana trajektori KL City adalah naik ke Liga Super dan akan turun balik ke Liga Premier,”

“Kerana itu antara benda yang paling penting sebagai seorang CEO adalah (pemilihan) ketua jurulatih, kerana itu saya terpaksa (lakukan) pemilihan Simon Elissetche diterbalikkan dan Bojan Hodak mungkin pilihan paling penting bagi saya untuk memastikan di bahagian teknikal (berjalan) baik,” katanya dalam rancangan [email protected], semalam.

Stanley turut menegaskan, “result (keputusan) ni sangat penting, ramai akan lihat bila keputusan takde, apa yang awak buat di belakang tabir tak cukup bagus,”

Difahamkan antara hal ehwal penswastaan yang diberikan tumpuan oleh Stanley sepanjang memegang jawatan CEO pada musim ini adalah berkaitan mencari pelabur, penaja dan membina aset yang boleh membawa pendapatan kepada kantung kewangan kelab.

Untuk pengetahuan semua, Stanley yang merupakan bekas pemain dan pengulas bola sepak dilantik sebagai CEO pasukan yang berpangkalan di ibu negara tersebut pada penghujung tahun lalu.

(Visited 111 times, 1 visits today)
Close