Written by 5:33 pm Bola Sepak, Malaysia

Cemerlang Dalam Saingan Liga Super, Penang FC Dapat Tajaan Tambahan RM100,000

Prestasi pendatang baharu Liga Super 2021, Penang FC boleh dikatakan di luar jangkaan apabila menduduki tangga ketiga selepas mengharungi 19 daripada 22 perlawanan secara keseluruhan.

Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata di bawah pengurusan yang baharu, pasukan tersebut meletakkan sasaran untuk menjadi enam pasukan terbaik pada musim ini.

Walaupun berbaki tiga perlawanan iaitu dua perlawanan di gelanggang sendiri dan satu perlawanan di tempat lawan, sasaran tersebut telah pun dicapai.

Kecemerlangan tersebut telah menarik sebuah syarikat, Dynamic Frank Group of Companies untuk menghulurkan sumbangan berjumlah RM100,000 sebagai tajaan kepada skuad The Black Panther itu.

Ketua Menteri Pulau Pinang menerima ‘mock cheque’ daripada pihak Dynamic Frank Group of Companies – Foto: Buletin Mutiara

“Sumbangan ini semestinya memberi galakan kepada pembangunan sukan terutamanya bola sepak. Kami mengharapkan para penyokong dapat meneruskan sokongan kepada pasukan. 

“Pasukan ini masih baharu, mendapat promosi ke Liga Super setelah bertahun-tahun beraksi di liga bawahan.

“Sekarang, di bawah pengurusan baharu, ia telah mencapai sasarannya untuk menamatkan saingan dalam kelompok enam terbaik dalam saingan Liga Super.

“Mereka di kedudukan ketiga dengan baki tiga perlawanan – dua dia tempat sendiri dan satu di gelanggang lawan.” katanya seperti dilaporkan oleh Buletin Mutiara, pada hari ini.

Sebagai tambahan, Chow Kon Yeow turut memaklumkan pasukan yang dimiliki oleh Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang (CMI) itu telah menerima RM1.8 juta secara keseluruhan.

Featured Image: Penang FC

(Visited 255 times, 1 visits today)
Close