Written by 7:52 pm Bola Sepak, Malaysia • 2 Comments

Kelayakan Piala Asia B-23: Brad Maloney Panggil Lima Pemain Melebihi Umur 20 Tahun

Semua sedia makluma akan hasrat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mahu menghantar skuad bawah 20 Tahun (B-20) untuk beraksi dalam Kelayakan Piala Asia B-23 pada penghujung Oktober kelak.

Perancangan ini dilakukan bagi menyediakan para pemain B-20 pada ketika ini, terutamanya anak-anak buah Brad Maloney untuk layak ke temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

Bagaimanapun, menerusi makluman terbaru oleh badan induk bola sepak negara, Maloney telah menyenaraikan lima orang pemain melebihi umur 20 tahun namun tidak melebihi umur 22 tahun untuk menyertai kem latihan pusat Fasa 1 yang akan bermula 30 Ogos hingga 7 September nanti.

Ketua jurulatih skuad B-20, Brad Maloney – Foto: FAM

Lima pemain tersebut ialah Saiful Iskandar Adha Saiful Azlan (22 tahun, Selangor 2), Syed Muhammad Nasrulhaq Syed Bidin (22 tahun, Terengganu II), Muhammad Hairiey Hakim Mamat (21 tahun, Terengganu II), Muhammad Nur Azfar Fikri Azhar (21 tahun, Terengganu II) dan Muhammad Syafik Ismail (21 tahun, Terengganu II).

Perkara ini pastinya bakal mendapat reaksi positif daripada sesetengah penyokong bola sepak negara yang mahu melihat skuad ini mendapat sentuhan beberapa pemain yang melebihi umur 20 tahun dan tidak dibarisi pemain berusia 20 tahun dan ke bawah semata-mata.

Sementara itu, dua pemain pertahanan yang berpangkalan di England turut disenaraikan oleh Maloney iaitu Adam Roshan Kris Aman (18 tahun, Brook House FC) dan Mohamed Amir Mohamed Faruk (17 tahun, Chipstead FC). 

“Bagi kem latihan pusat Fasa 1 ini, Maloney memanggil majoriti pemain dari pasukan-pasukan Liga Premier 2021 memandangkan saingan liga divisyen dua kebangsaan itu sedang berehat seketika sepanjang jendela perlawanan antarabangsa FIFA dari 30 Ogos hingga 7 September.” tulis kenyataan media yang dikeluarkan FAM, hari ini.

“Beberapa lagi pemain lain yang beraksi dalam Liga Super 2021 akan dipanggil menyertai pasukan pada kem latihan pusat Fasa 2 yang dijadual bermula pada 19 September 2021 iaitu sehari selepas berakhirnya saingan Liga Super 2021 bersama beberapa lagi pemain dari luar negara seperti Luqman Hakim Shamsudin dan Wan Kuzri Wan Kamal.” tambah kenyataan itu lagi. 

Berikut adalah senarai penuh 27 pemain yang dipanggil oleh Brad Maloney:

(Visited 10,971 times, 1 visits today)
Close