Written by 4:28 pm Lain-Lain

Kerajaan Terengganu Hadiahkan Azizulhasni Rumah Berharga RM300,000 & Wang Tunai RM50,000

Sebagai menghargai kejayaan jaguh basikal trek negara, Dato’ Azizulhasni Awang membawa pulang pingat perak dalam acara keirin pada temasya Sukan Olimpik 2020, Kerajaan Negeri Terengganu bersetuju untuk memberikan ganjaran kepadanya.

Ganjaran yang diberikan kepada atlet yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman tersebut diumumkan oleh Menteri Besar Terengganu, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar iaitu merupakan sebuah rumah setingkat lot tepi berharga RM300,000.

Menariknya, rumah yang dihadiahkan tersebut hanya berjarak 300 meter (m) sahaja dari lokasi velodrom yang sedang dibina di bandar kelahiran Azizul iaitu Dungun.

Selain itu, kerajaan negeri turut mengumumkan memberikan wang tunai berjumlah RM50,000 kepada Azizul

“Insya-Allah selepas daripada ini, apa jua keperluan kesukanan yang diperlukan oleh beliau dan rakan-rakan atlet lain yang boleh menunjukkan satu prestasi yang membanggakan kerajaan negeri tidak akan ‘lokek’ untuk membantu setakat yang mampu.” kata Ahmad Samsuri dalam sidang media Majlis Penyerahan Insentif Kemenangan Sukan Olimpik Tokyo 2020, hari ini.

Untuk makluman semua, pada tahun lalu Kerajaan Negeri Terengganu turut memberikan wang tunai sebanyak RM100,000 masing-masing kepada dua atlet kelahiran Terengganu iaitu Azizulhasni dan pemenah negara, Khairul Anuar Mohamad sebagai insentif untuk mempersiapkan diri ke Sukan Olimpik.

Featured Image: Facebook Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar

(Visited 869 times, 1 visits today)
Close