Written by 3:28 pm Lain-Lain • 2 Comments

Piala Sudirman 2021: Malaysia Diundi Bersama-sama Jepun, England & Mesir

Majlis undian kejohanan badminton dwitahunan, Piala Sudirman 2021 yang diadakan secara atas talian pada hari ini menyaksikan Malaysia diundi dalam Kumpulan D.

Bersama-sama Malaysia di dalam kumpulan tersebut adalah naib juara edisi terdahulu, Jepun serta England dan Mesir.

Untuk makluman semua, saingan ini akan berlangsung di Vantaa, Finland bermula pada 26 September hingga 3 Oktober 2021. 

Pasukan Malaysia dijangka membariskan Lee Zii Jia sebagai pemain perseorangan lelaki dan pasangan Aaron Chia-Soh Wooi Yik sebagai regu lelaki.

Menarik untuk menyasikan siapakah yang akan menyertai pasukan ini bagi mengisi slot pemain perseorangan wanita, regu wanita dan regu campuran.

Sebagai rekod, edisi terdahulu menyaksikan Malaysia terkandas di peringkat suku akhir setelah tumpas 3-0 kepada Jepun. 

Sebagai tambahan, pencapaian terbaik Malaysia dalam kejohanan ini adalah mara peringkat separuh akhir pada edisi 2009. 

(Visited 160 times, 3 visits today)
Close