Artikel

Piala Asia B-23: Thailand Lantik Kembali Jurulatih Yang Memberikan Mereka Emas Sukan SEA 2017

Setelah menamatkan kontrak Akira Nishino selaku ketua jurulatih senior dan bawah 23 tahun (B-23) bulan lalu, Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) mengumumkan melantik kembali Worrawoot Srimaka untuk mengemudi skuad muda mereka.

Baca: Thailand Tamatkan Kontrak Akira Nishino Kerana Tak Capai Sasaran

Untuk perlantikan pada kali ini, jurulatih berusia 49 tahun ini dipertanggungjawabkan untuk membimbing Thailand mengharungi Kumpulan J, Kelayakan Piala Asia B-23 yang akan berlangsung di Mongolia pada penghujung Oktober kelak.

Seperti kita sedia maklum, peringkat kelayakan Kumpulan J ini terdiri daripada Mongolia selaku tuan rumah serta Laos dan skuad negara, Harimau Muda bimbingan Brad Maloney.

Sasaran Worrawoot pastinya mahu menempatkan Thailand dalam kalangan 16 pasukan terbaik dan mara ke pusingan akhir Piala Asia B-23 yang akan berlangsung di Uzbekistan pada 1 hingga 19 Jun 2022.

Untuk makluman semua, Worrawoot merupakan jurulatih yang membimbing Thailand menumpaskan Malaysia 1-0 pada perlawanan akhir acara bola sepak lelaki temasya Sukan SEA 2017 sekaligus berhasil membawa pulang pingat emas.

Sementara itu, FAT turut mengumumkan perlantikan Choketawee Promrut selaku penolong ketua jurulatih Thailand B-23. Beliau merupakan individu yang bertanggungjawab membimbing Thailand B-23 memenangi pingat emas pada temasya Sukan SEA Singapura 2015.

komen