Artikel

JDT Rangkul Kejuaraan Liga Super Ke-8 Berturut-Turut

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan kecemerlangan dalam saingan domestik dengan merangkul kejuaraan Liga Super buat kali ke-8 berturut-turut.

Kejayaan tersebut diraih oleh skuad yang terkenal dengan julukan Harimau Selatan selepas menumpaskan Sri Pahang 3-0 pada aksi ke-20 liga di halaman sendiri, Stadium Sultan Ibrahim (SSI), sebentar tadi.

Penyerang profiliknya, Bergson da Silva berhasil menemui belakang jaring Sri Pahang pada minit ke-8, ke-41 dan ke-45 sekaligus mencatatkan hatrik pada perlawanan ini.

Setakat ini, pemain kelahiran Brazil yang berusia 30 tahun ini telah mengumpul 23 gol dalam saingan Liga Super dan menjadi calon pilihan untuk merangkul Anugerah Kasut Emas 2021.

Bergson da Silva

Lebih menarik, kejuaraan tersebut disahkan oleh anak-anak buah Benjamin Mora secara matematik tatkala saingan liga masih lagi berbaki dua perlawanan bagi musim ini.

Dengan kejayaan ini, JDT turut memahat satu lagi sejarah dalam kancah bola sepak Malaysia sebagai satu-satunya pasukan yang menjuarai Liga Super sebanyak lapan kali berturut-turut.

Kali pertama JDT muncul juara dalam saingan ini adalah pada tahun 2014.

Sebagai tambahan, kejuaraan ini juga membolehkan JDT menempah tiket ke saingan berprestij benua asia, Liga Juara-Juara AFC secara automatik buat kali ketiga berturut-turut.

Featured Image: JOHOR Southern Tigers

komen