Written by 2:27 pm Lain-Lain • 2 Comments

Paralimpik 2020: Bonnie Sumbang Emas Pertama Negara & Pecah Rekod Temasya

Atlet para negara, Bonnie Bunyau Gustin menampilkan persembahan yang menakjubkan dalam acara angkat berat kategori 72kg sekaligus mebolehkannya menyumbang kilauan pingat emas pertama buat Malaysia dalam temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Atlet kelahiran Sarawak ini berjaya menumpaskan peserta-peserta yang lain apabila berjaya melakukan angkatan seberat 228kg pada percubaan ketiganya.

Bukan itu sahaja, angkatan seberat 228kg oleh Bonnie itu turut memecahkan rekod 227kg Paralimpik yang dipegang Rasool Mohsin dari Iraq pada temasya di Rio 2016.

Atlet berusia 22 tahun ini cuba untuk memecahkan rekod dunia dengan melakukan angkatan seberat 231kg namun sayang sekali percubaan tersebut tidak dapat dijayakan.

Untuk makluman semua, rekod dunia iaitu angkatan 230kg itu juga merupakan rekod yang dicipta oleh Bonnie.

Sebagai tambahan, atlet Mesir, Mahmoud Attia membawa pulang pingat perak setelah menyudahkan percubaan angkatan seberat 191kg.

Manakala, atlet Great Britain, Mickey Yule pula membawa pulang pingat gangsa selepas melakukan angkatan seberat 182kg.

Featured Image: Majlis Sukan Negara

(Visited 190 times, 1 visits today)
Close