Written by 5:32 pm Permotoran

Moto2: Triumph Terus Membekalkan Enjin Sehingga Tahun 2024

Saingan Kejuaraan Dunia Moto2 akan terus dikuasakan oleh enjin yang dikeluarkan oleh pengeluar British, Triumph sehingga tahun 2024.

Berdasarkan perjanjian antara penganjur, Dorna Sports bersama Triumph yang bermula pada tahun 2019 sebelum ini, kontrak tersebut bakal tamat pada penghujung musim ini.

Bagaimanapun, sebelum berlangsungnya perlumbaan GP British di Litar Silverstone, kedua-dua pihak bersetuju untuk terus menggunakan enjin 3 silinder 765cc dalam saingan Moto2 bagi tempoh tiga tahun lagi.

Sejak menggunakan enjin Triumph, seramai 14 pelumba yang berbeza berjaya merangkul kejuaraan.

Musim ini menyaksikan pelumba Ajo Motorsport, Remy Gardner sedang mendahului carta dunia dengan 231 mata. Sementara itu, di kedudukan kedua adalah rakan sepasukannya, Raul Fernandez dengan mengumpul 187 mata.

Untuk makluman semua, sebelum menggunakan enjin Triumph, saingan Moto2 menggunakan enjin yang dikeluarkan oleh pengeluar Jepun iaitu Honda. Ia menggunakan enjin 4 silinder CBR600 bermula tahun 2010 hingga 2018.

Featured Image: Triumph UK Twitter

(Visited 52 times, 1 visits today)
Close