Written by 4:40 pm Lain-Lain

Paralimpik 2020: Nur Syaiful ‘Disqualified’ Lagi, Berpunca Daripada Kepala Tidak Naik Ke Permukaan Air

Atlet para renang negara, Nur Syaiful Zulkafli terpaksa kecewa buat kali kedua penglibatannya dalam Sukan Paralimpik Tokyo 2020 apabila penyertaannya dibatalkan lagi.

Kali ini, pembatalan penyertaannya terjadi ketika mengambil bahagian dalam acara renang 100 meter (m) kuak dada lelaki SB4 (kecacatan fizikal) pada peringkat saringan di Pusat Akuatik Tokyo, semalam.

Menjelaskan punca penyertaannya dibatalkan, Pengarah Bahagian Paralimpik Majlis Sukan Negara (MSN), Mohd. Sofian Hamzah menyatakan ianya berpunca daripada kesilapan teknikal iaitu kepalanya tidak naik ke permukaan air.

“Kepala Nur Syaiful didapati tidak naik ke permukaan air dalam jarak 15 meter awal, sewaktu membuat kuakan,” lapor Utusan yang memetik sumber daripada Bernama.

Sebelum ini, penyertaan atlet berusia 26 tahun ini dibatalkan gara-gara menampal pita pelekat di bahunya untuk menutup bisul yang dialaminya.

Sedangkan, sebelum daripada melakukan tindakan sedemikian, Nur Syaiful memaklumkan telah bertanyakan terlebih dahulu kepada pegawai bertugas samada perkara tersebut dibenarkan atau tidak.

Baca: Nur Syaiful ‘Disqualified’ Hanya Disebabkan Pita Pelekat di Bahu

Sementara itu, Nur Syaiful mempunyai baki satu lagi acara untuk disertainya. Acara tersebut adalah renang 50m gaya bebas lelaki SB5 yang akan berlangsung pada Rabu nanti.

Featured Image: Majlis Sukan Negara

(Visited 10,930 times, 1 visits today)
Close